Jumaat, 12 Jun 2015

Pengenalan Perkhidmatan

AFAZ REKA menyediakan khidmat perunding senibina kepada pelanggan dan bersama-sama merancang , menterjemahkan dan merealisasikan rekabentuk rumah idaman yang bertepatan dengan bajet dan citarasa pelanggan. AFAZ REKA menjanjikan keunikan  bagi setiap rekabentuk yang dihasilkan.
PROSES REKABENTUK:
  • Rekabentuk skematik
    • Melakar rekabentuk awalan berdasarkan  perbincangan  projek  yang diterima daripada pelanggan.
    • Pembentangan rekabentuk  awalan kepada pelanggan.
    • Maklumbalas daripada pelanggan berkaitan rekabentuk.
    • Semakan semula rekabentuk.
    • Rekabentuk skematik muktamad.
  • Pembangunan Rekabentuk
    • Pembangunan rekabentuk awalan adalah pembangunan rekabentuk skematik dengan mengambilkira maklumat dan keperluan teknikal.
    • Penghalusan rekabentuk iaitu perincian pelan lantai,ketinggian dan keratan rentas.
    • Tujuan perincian rekabentuk ini adalah bagi memudahkan kerja bina  di tapak bina.
  • Ilustrasi 3D
    • AFAZ REKA juga menyediakan khidmat ilustrasi lukisan 3D sebagai pakej tambahan atas permintaan pelanggan
    • Ilustrasi 3D ini dapat membantu pelanggan untuk melihat dengan lebih jelas lagi rekabentuk keseluruhan rumah.
    • Lukisan Ilustrasi 3D juga sangat berkesan bagi membantu pelanggan berimaginasi untuk memberi sebarang idea penambahbaikan rekabentuk.
  • Dokumen Pembinaan (Blueprint) 
    • Lukisan Kejuruteraan- Pelan Tapak, pelan lokasi,pelan lantai,pelan bumbung, keratan  rentas,pandangan,pelan siling.
    • Lukisan Elektrikal- Pelan elektrikal,pelan lampu.
    • Lukisan Mekanikal –pelan paipbekalan air,pelan paip pembentungan.

Proposal Jenis A

Proposal Jenis A
Rumah Banglo Setingkat

Rumah Berkembar Setingkat